Monday, April 27, 2009

Bagai bulan jatuh ke riba..

Itulah ungkapan yang dapat Ummie tuliskan untuk menggambarkan perasaan Saudara Norhiza Noordin seorang pengukir kayu tersohor negara.. Ummie merujuk kepada artikel dari akhbar Kosmo bertarikh 27hb. April, 2009 bertajuk "Istana Masa Kecil"..

Saudara Norhiza bercita-cita untuk memiliki sebuah istana lama sebagai kediaman beliau apabila dewasa. Akhirnya pada usia 46 tahun impian termakbul.. Ummie rasa bagai menitis airmata Ummie ni, Ummie tumpang gembira.. sama-sama berdoa semoga banglo yang setiap dari kita mimpikan bakal menjadi realiti.. Ummie sendiri sebenarnya tinggal di rumah peninggalan arwah datuk dan nenek.. yang Ummie tahu, sangat sayangkan Ummie.. Inilah antara perkara yang dapat Ummie lakukan atas kasih sayang mereka.. Hargailah peninggalan orang tua kita, mudah-mudahan anak cucu kita akan menghargai kita juga..

Beliau sanggup membuka istana lama yang menggunakan pasak, memindahkan ke lokasi baru dan memasang semula.. Itu semua memerlukan beliau mengorbankan masa, wang dan usaha.. Tapi orang kata, kalau dah suka, lautan api sanggup direnangi..

Beliau menamakan kediamannya Seri Bakawali, bertempat di Kampung Raja, Besut Terengganu..
Ummie tabik pada saudara Norhiza dan keluarga.. Terima kasih Kosmo atas informasi menarik ini, juga kepada hubby yang memaklumkan kepada Ummie akan artikel ini.. Perjalanan baru bermula, Ummie baru melangkah setapak..

layari www.kosmo.com.my untuk cerita penuh..

Thursday, April 23, 2009

Jemputan Khas

Di sini Ummie menjemput kawan-kawan yang telah memiliki rumah idaman untuk bercerita disini serba sedikit bagaimana mereka merealisasikan impian mereka itu. Ummie pernah terbaca satu artikel di dalam majalah Anjung Seri. Ummie tidaklah pulak ingat keluaran yang mana, seorang surirumah yang bercita-cita hendak memiliki sebuah banglo keluarga. Banglo yang kita hendak ceritakan di sini adalah yang mampu dicapai oleh kita.

Ummie ingat lagi, saudara kita yang bermatlamat ini, sanggup menjual nasi lemak. Almaklumlah, berniaga nasi lemak, persediaannya termasuk kena bangun pukul empat pagi untuk memasak dan menumis.. Ada gambar disertakan sekali dalam majalah tu, Ummie kagum, mungkin pada masa itu, pendapatan si suami telah mencapai tahap layak untuk memiliki rumah idaman, tetapi saudara kita ni menjual nasi lemak untuk mencari wang pendahuluan, bagi Ummie sendiri, Ummie akan cuba cari wang pendahuluan sebanyak yang mungkin.. untuk mengurangkan jumlah pinjaman dan selanjutnya faedah yang perlu dibayar..

Seperkara lagi yang Ummie masih ingat, saudara kita menamakan banglonya "Sri Lemak" sempena nasi lemak yang dijualnya.. Jikalau ada anak atau cucu pemilik "Sri Lemak" terbaca tulisan Ummie ini, silalah beri komen..

Pada masa Ummie membaca artikel itu, hanya sekadar membaca untuk motivasi. Ummie tidak sangka akan dimasukkan ke dalam blog ini.. Ummie tidak ingat lokasi "Sri Lemak"..

Sunday, April 19, 2009

Jauh perjalanan luas pemandangan..

Ummie and family pergi kenduri kahwin siang tadi.. jemputan kahwin tu daripada sepupu kepada emak ummie. Tempatnya, Bandar Seri Putera.. Ada dua perkara yang membuat Ummie terpana.. Pertamanya, Ummie kagum melihat banglo dua tingkatnya di Bangi tu. Kedua, ini pertama kali saudara sebelah emak Ummie yang berbanglo sebesar itu..

Maka timbulnya idea untuk memuatkan blog villa ummie ni, antaranya dengan rumah atau banglo yang ummie berkesempatan melawat dan ziarah.. Seperkara menjengkelkan, Ummie tidak pula mengambil gambar banglo tu.. memang terkilan. Tetapi, akan datang, sang kamera.. anda akan menjadi teman setiaku..

Mudah-mudahan hasrat kami sekeluarga untuk ber banglo, akan termakbul. Amin!!

Wednesday, April 8, 2009

Pencarian diteruskan..

Stay tune.. blog under construction