Saturday, October 3, 2009

Rumah Unik Lagi...

Artikel ni Ummie jumpa masa baca kosmo.. dalam beberapa bulan lepas..
Dinding condong rumah arkitek
Sudahlah rumahnya condong, Azman berani pula mempertaruhkan nasib dengan menggunakan kayu terpakai untuk mengubahsuai rumahnya. Namun, lihatlah hasilnya!



--------------------------------------------------------------------------------


SUDAH lama arkitek dari Arkitek Azman Zainal ini berminat dengan material kayu. Namun, menurut Azman Zainal Mohd Nor, 55, hanya dalam empat tahun kebelakangan ini barulah dia berpeluang untuk menggunakannya dalam rekaan-rekaannya.

“Boleh dikatakan saya masih dalam proses kajian dan pembangunan (R&D) tentang kayu,” katanya yang mengakui kayu menuntut kajian yang mendalam dan menyeluruh untuk dikuasai.

Hasil kajian dan penerokaannya yang paling ketara sehingga hari ini dapat dilihat pada rumahnya sendiri di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

“Saya pecahkan dinding batu rumah di bahagian ruang tamu dan menambah struktur kayu pada bahagian itu.

“Bagi rumah era sekarang, lebih baik menggabungkan kayu dengan batu. Tidaklah satu-satu rekaan itu kelihatan terlalu ‘lama’,” ujarnya yang menggunakan sehingga 90 peratus kayu terpakai untuk pengubahsuaian itu.


DINDING condong bukan saja menambah ruang, malah ia turut mengurangkan kesan silau yang lazimnya berlaku pada tingkap pada dinding tegak.

--------------------------------------------------------------------------------


Lantainya yang dibina menggunakan kayu kempas daripada tiang elektrik lama yang diketam semula dipasang searas lutut.

Azman menjelaskan lagi, paras itu dipilih bagi membolehkan ia turut digunakan sebagai tempat duduk. Dinding yang dipasang tingkap sepenuhnya itu pula dibina condong!

“Kalau daripada kedudukan tegak 90 darjah, kecondongannya ialah 11 darjah. Kecondongan ini mematuhi konsep self-shading atau teduh sendiri kerana ia selari dengan kecondongan matahari.

“Konsep ini dapat melindungi dinding kayu daripada cahaya matahari yang menyumbang kepada proses ‘penuaan’.

“Ia juga dapat menyelamatkan kayu daripada rosak terlalu awal,” jelas Azman yang pernah bekerja sebagai arkitek untuk Jabatan Kerja Raya selama 24 tahun.


STRUKTUR binaan berunsur kayu memberi nilai tersendiri kepada sifat konkrit di ruang tamu Azman.

--------------------------------------------------------------------------------


Biarpun pengubahsuaian itu hanya melibatkan dua dinding, kesannya sangat terasa. Selain unik, sifat condong itu turut menambah keluasan rumah.

Menariknya, kata Azman, memasang tingkap dengan kepingan cermin hijau jernih tidak lagi memantulkan cahaya matahari seperti ketika berdinding tegak.




--------------------------------------------------------------------------------



“Sebab kecondongan dinding selari dengan kecondongan matahari, maka jumlah cahaya matahari yang memantul ke dalam rumah berkurangan, sekali gus menjadikan rumah ini lebih redup.

“Pemandangan di luar rumah juga lebih jelas kelihatan,” ujarnya yang sememangnya gemarkan konsep rumah terbuka dengan pengaliran udara yang baik.



SET meja dan bangku laman yang tidak disapu sebarang perlindungan.

--------------------------------------------------------------------------------



Tambah bapa kepada empat orang anak yang berumur antara 20 hingga 15 tahun itu, pengubahsuaian itu juga telah menyumbang kepada corak baru kehidupan isi rumah.

“Anak-anak sekarang lebih suka duduk di ruang tamu. Di situlah mereka berehat bersama teman-teman, di situ jugalah mereka melakukan kerja rumah.



ELEMEN kayu menjadikan rumah teres batu ini tampil eksklusif.

--------------------------------------------------------------------------------



“Kalau sanak-saudara datang berkunjung, ibu-ibu ke dapur dan ruang makan, bapa di ruang tamu dan anak-anak di bahagian berkayu itulah.

“Sekarang mereka tidak lagi berkurung di bilik,” beritahu Azman yang memasang cita-cita untuk menjadi seorang arkitek sejak berumur 16 tahun.

Selain menerapkan konsep teduhan sendiri itu di rumahnya, Azman juga pernah melakukannya untuk beberapa syarikat termasuk SIRIM Berhad di Kuantan, Pahang, dan MIMOS Berhad di Kulim, Kedah.

Azman lebih banyak mereka untuk kediaman persendirian dan kini dalam proses menyiapkan beberapa buah banglo di Putrajaya, Petaling Jaya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Melaka, menggunakan kayu terpakai.

Azman dalam pada itu menegaskan, satu keistimewaan kayu adalah ia menyerap dan membebaskan haba secara perlahan berbanding batu-bata dan simen.

“Rumah batu selalunya paling panas dari dalam pada waktu petang. Pada waktu itu suhu persekitaran sedang turun dan pembebasan haba daripada bangunan berlaku.

“Tetapi pada waktu itulah kebanyakan daripada kita menutup pintu dan tingkap untuk memastikan tiada nyamuk masuk ke rumah. Akibatnya haba terperangkap di dalam rumah.

“Berbeza dengan bangunan yang diperbuat daripada kayu, bangunan daripada batu-bata menyerap dan membebaskan haba dengan sangat cepat.

“Jadi, saya tak pernah menutup pintu dan tingkap menjelang senja. Biar rumah sudah sejuk barulah saya menutup semua laluan keluar haba dari dalam rumah ini,” jelasnya.



RUANG makan dengan perabot kayu yang ringkas.

--------------------------------------------------------------------------------



Sudi berkongsi idea, Azman memberitahu, dia lebih cenderung untuk membina kediamannya dengan kecantikan yang boleh dipakai dan bukan yang sekadar cantik pada pandangan visual semata-mata.

“Saya sukakan nilai estetik yang tahan lasak, yang tak menuntut saya untuk sentiasa berjaga-jaga. Biarlah ia cantik seadanya.

“Kalau terlalu cantik atau kemas, nanti ia tak ubah seperti sebuah ruang pameran yang dibuat-buat. Ini barulah boleh dikatakan satu seni bina,” tuturnya yang menggunakan kertas pasir daripada lima kelas yang berbeza untuk mendapatkan kemasan yang selamat dan halus.

Mendedahkan The Datai Langkawi, Kedah, menerapkan pendekatan yang sama, Azman tidak menolak jika ada yang melihat kediamannya itu sebagai rumah buruk.

Namun, pada masa yang sama beliau juga tetap berharap agar dapat menemukan perlindungan yang tidak akan menutup kesan natural kayu.

Penggunaan kreasote dan diesel yang diamalkan orang dahulukala, kata Azman, akan menyebabkan kayu kelihatan berwarna lebih gelap berbanding warna asal.

“Mungkin apa yang boleh dilakukan sekarang ialah menerima fitrah kayu, berbanding mencari jalan untuk melawannya dengan menggunakan cat, syelek dan sebagainya, sehingga melenyapkan nilai estetikanya yang sebenar,” ujar Azman.

Ummie suka membaca artikel berkenaan rumah yang unik keluaran kosmo. Semoga mana-mana pembaca mendapat tips atau informasi berguna. Terima kasih kosmo..

Friday, May 29, 2009

Rumah Berharga RM3.50..

Ada sesiapa yang dah terbaca artikel ni dalam Utusan Malaysia bertarikh 28 Mei, 2009. Ini berita penuhnya.ARKIB : 28/05/2009

Rumah semurah AS$1 (RM3.50)
FAKULTI Ekologi Manusia, University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat menawarkan sebuah rumah dengan harga hanya AS$1 (RM3.50) dengan syarat - rumah itu mesti dipindahkan setelah ia dibeli pemiliknya.

Rumah yang dibina pada tahun 1940 itu dahulunya adalah sebuah rumah untuk pelatih ekonomi rumahtangga yang kemudiannya ditukar menjadi bangunan pejabat selepas pihak universiti mengambil keputusan tidak lagi menawarkan kursus sains rumahtangga.Pihak universiti berkata, rumah tersebut perlu dipindahkan bagi membolehkan mereka meluaskan lagi bangunan utama Fakulti Ekologi. "Ia sememangnya sebuah rumah yang cantik.
Alangkah baiknya jika ia dapat dipercantikkan semula," kata jurucakap Fakulti Ekologi, Doris Green.

Sebuah syarikat yang khusus memindahkan rumah telah memberi anggaran perbelanjaan sebanyak RM472,500 untuk tugasan memindahkan rumah berkenaan sejauh 10 blok. Justeru, sekiranya ada yang berminat untuk memiliki rumah berkenaan, individu (pembeli) itu perlu menandatangani satu perjanjian untuk memindahkan keseluruhan rumah tersebut dari tempat asalnya selewat-lewatnya pada 1 Februari 2010.

Macam ini pun ada. Ummie jumpa artikel ini ketika membaca suratkhabar di rumah emak Ummie. Siap ada gambar. Alangkah indahnya apabila impian jadi nyata.. Tapi dari mimpi untuk kita usahakan menjadi realiti.. Amin.

Curtain Indah..




My interest in sewing.. maybe instilled since i was about 10 to 12 year sweet little girl. My mother is a seamstress.. I helped her a lot during those days.. in fact I earned extra pocket money from sewing.. but don't ask me to do housework.. which till now my hb make it a point to teased me... the way i handle the mopped, the number of times I switched on the vacuum cleaner.. pehhh


I still remember when I helped my grandmother to choose the fabric for the new curtains for her newly build bungalow.. at that time no Nagoya whatsoever, it was like 14 to 15 years back.. all I can afford was the morning market fabrics..


That was then, the three pictures above showed my first commercial project on curtains.. My mother's neighbour (Cik Som) will hold a wedding ceremony for her son.. So, lucky me, entrusted to prepare my 'curtain indah' for her house for the day.. Ain't it sweet.. Sewing and making curtains never a stranger to me, it's just like "when duck find water", only those days my curtain making concentrated on my special persons like my parents house, my sister's, my aunties.. Had i got the time i'll post more pictures on the wedding day itself..

Monday, April 27, 2009

Bagai bulan jatuh ke riba..

Itulah ungkapan yang dapat Ummie tuliskan untuk menggambarkan perasaan Saudara Norhiza Noordin seorang pengukir kayu tersohor negara.. Ummie merujuk kepada artikel dari akhbar Kosmo bertarikh 27hb. April, 2009 bertajuk "Istana Masa Kecil"..

Saudara Norhiza bercita-cita untuk memiliki sebuah istana lama sebagai kediaman beliau apabila dewasa. Akhirnya pada usia 46 tahun impian termakbul.. Ummie rasa bagai menitis airmata Ummie ni, Ummie tumpang gembira.. sama-sama berdoa semoga banglo yang setiap dari kita mimpikan bakal menjadi realiti.. Ummie sendiri sebenarnya tinggal di rumah peninggalan arwah datuk dan nenek.. yang Ummie tahu, sangat sayangkan Ummie.. Inilah antara perkara yang dapat Ummie lakukan atas kasih sayang mereka.. Hargailah peninggalan orang tua kita, mudah-mudahan anak cucu kita akan menghargai kita juga..

Beliau sanggup membuka istana lama yang menggunakan pasak, memindahkan ke lokasi baru dan memasang semula.. Itu semua memerlukan beliau mengorbankan masa, wang dan usaha.. Tapi orang kata, kalau dah suka, lautan api sanggup direnangi..

Beliau menamakan kediamannya Seri Bakawali, bertempat di Kampung Raja, Besut Terengganu..
Ummie tabik pada saudara Norhiza dan keluarga.. Terima kasih Kosmo atas informasi menarik ini, juga kepada hubby yang memaklumkan kepada Ummie akan artikel ini.. Perjalanan baru bermula, Ummie baru melangkah setapak..

layari www.kosmo.com.my untuk cerita penuh..

Thursday, April 23, 2009

Jemputan Khas

Di sini Ummie menjemput kawan-kawan yang telah memiliki rumah idaman untuk bercerita disini serba sedikit bagaimana mereka merealisasikan impian mereka itu. Ummie pernah terbaca satu artikel di dalam majalah Anjung Seri. Ummie tidaklah pulak ingat keluaran yang mana, seorang surirumah yang bercita-cita hendak memiliki sebuah banglo keluarga. Banglo yang kita hendak ceritakan di sini adalah yang mampu dicapai oleh kita.

Ummie ingat lagi, saudara kita yang bermatlamat ini, sanggup menjual nasi lemak. Almaklumlah, berniaga nasi lemak, persediaannya termasuk kena bangun pukul empat pagi untuk memasak dan menumis.. Ada gambar disertakan sekali dalam majalah tu, Ummie kagum, mungkin pada masa itu, pendapatan si suami telah mencapai tahap layak untuk memiliki rumah idaman, tetapi saudara kita ni menjual nasi lemak untuk mencari wang pendahuluan, bagi Ummie sendiri, Ummie akan cuba cari wang pendahuluan sebanyak yang mungkin.. untuk mengurangkan jumlah pinjaman dan selanjutnya faedah yang perlu dibayar..

Seperkara lagi yang Ummie masih ingat, saudara kita menamakan banglonya "Sri Lemak" sempena nasi lemak yang dijualnya.. Jikalau ada anak atau cucu pemilik "Sri Lemak" terbaca tulisan Ummie ini, silalah beri komen..

Pada masa Ummie membaca artikel itu, hanya sekadar membaca untuk motivasi. Ummie tidak sangka akan dimasukkan ke dalam blog ini.. Ummie tidak ingat lokasi "Sri Lemak"..

Sunday, April 19, 2009

Jauh perjalanan luas pemandangan..

Ummie and family pergi kenduri kahwin siang tadi.. jemputan kahwin tu daripada sepupu kepada emak ummie. Tempatnya, Bandar Seri Putera.. Ada dua perkara yang membuat Ummie terpana.. Pertamanya, Ummie kagum melihat banglo dua tingkatnya di Bangi tu. Kedua, ini pertama kali saudara sebelah emak Ummie yang berbanglo sebesar itu..

Maka timbulnya idea untuk memuatkan blog villa ummie ni, antaranya dengan rumah atau banglo yang ummie berkesempatan melawat dan ziarah.. Seperkara menjengkelkan, Ummie tidak pula mengambil gambar banglo tu.. memang terkilan. Tetapi, akan datang, sang kamera.. anda akan menjadi teman setiaku..

Mudah-mudahan hasrat kami sekeluarga untuk ber banglo, akan termakbul. Amin!!

Wednesday, April 8, 2009

Pencarian diteruskan..

Stay tune.. blog under construction